Perkembangan Pihak Berkuasa Am Hal Ehwal Islam dan Wakaf

Fatwa berkaitan pandemik COVID-19

Penjarakan fizikal ketika solat

“Tidak ada masalah untuk memakai pelitup muka semasa solat, dan dalam suasana timbulnya rasa takut dari merebaknya wabak, maka dibolehkan bagi mereka yang mendirikan solat secara berjamaah untuk melakukan penjarakan di dalam saf dengan mengikut apa yang telah disarankan oleh badan kesihatan yang berautoriti.”[2]

Fatwa mengenai kebenaran untuk tidak berpuasa pada Ramadan

Mesyuarat maya Majlis Fatwa UAE yang dipengerusikan Sheikh Abdullah Bayyah memutuskan bahawa pesakit COVID-19 dibenarkan untuk tidak berpuasa pada bulan Ramadan, manakal umat Islam yang sihat tetap wajib berpuasa[3].

Fatwa berkaitan keangkasaan

Fatwa mengenai pengembaraan sehala ke Marikh

Majlis Fatwa UAE mengeluarkan larangan kepada umat Islam daripada mempromosi atau terlibat dalam pengembaraan sehala ke planet Marikh. Ia berpendapat pengembaraan sehala itu mendatang bahaya dan tidak dibenarkan dalam Islam. Fatwa ini dikeluarkan selepas lebih 500 warga Arab termasuk dari Arab Saudi dilaporkan mendaftar untuk menyertai satu misi mencari angkasawan untuk tinggal di Marikh[4].